FAEDAH MEMBACA
Assalamualaikum
dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis , Guru Besar ,
guru-guru dan hadirin sekalian.Berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah
untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Faedah Membaca".Semua
orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka.
Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya
sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap
membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan
bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk
menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.
Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi
satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang
itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di
mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.
Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara
untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan
bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan
puisi kepada pembacanya dengan mudah.
Malah, membaca juga boleh membantu seseorang
itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin
banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan
cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang
diberikan oleh pihak sekolah.
Kesimpulannya, tabiat suka membaca perlu
dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka
menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.Oleh
itu , kita menyemai tabiat suka memebaca di dalam diri kita kerana ini akan
menambahkan lagi ilmu kita.
Sekian ,
terima kasih.
0 komentar:
Post a Comment